RUANGAN ILMU

15 Fakta Menarik Tentang Senyum :-

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan
jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.



11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland
menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma
sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK.

KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA
".

SIAPA ORANG YANG BIJAK :-

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,


“Siapakah orang yang paling bijak?”


Satu ketika dulu aku diberitahu oleh sahabatku bahawa orang yang sentiasa mengingati mati adalah orang yang paling bijak. Orang yang mengingati mati tentu akan mempersiapkan diri dengan ilmu dan amal soleh untuk menghadap Sang Pencipta selagi masih hidup. Kita tidak tahu bila, di mana, dan bagaimana cara kita meninggalkan dunia. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.


Adakah kita sempat mengucapkan kalimah syahadah sebelum kita meninggal? Soalan untuk aku dan kamu. Di saat sakaratul maut, di saat roh meninggalkan jasad, jasad akan merasakan sakit yang amat. Sekarang, kita mampu mengucapkan dua kalimah syahadah tetapi jangan anda kira mengucapkan dua kalimah syahadah saat sakaratul maut itu mudah kerana hal itu memerlukan iman dan amal saleh yang mendasarinya.


Ada satu cerita yang ingin aku ceritakan. Kisah daripada seorang pakar bedah dan jantung dari Negara Arab. Seorang anak berusaha untuk mentalqini ayahnya dengan dua kalimah syahadat akan tetapi setelah berusaha dengan susah payah, jawaban ayahnya sungguh mengejutkan, “ Wahai anakku! Aku mengerti apa yang engkau katakan, akan tetapi lidahku tidak bisa mengucapkannya aku telah berusaha wahai anakku, aku telah berusaha tetapi tidak bisa.” Kenapa orang itu tidak bisa mengucapkan dua kalimah syahadah? Sebabnya adalah bahawa ia termasuk orang-orang yang melalaikan solat dan melupakan kewajiban tersebut. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami.


Doktor adalah orang yang banyak menyaksikan kematian dan banyak pengajaran bisa dikutip daripada setiap kematian. Doktor hanyalah perantara untuk sembuh tetapi Allah yang Menyembuhkan.


“Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku” QS As-Syuara’:80.


Di samping berusaha berubat dengan pelbagai cara, gunalah ubat yang paling mujarab iaitu bersimpuh dan meminta kepada Allah yang Menyembuhkan segala jenis penyakit. Bersabarlah semasa kita sakit, kerana sakit yang kita alami adalah cara untuk menghapuskan dosa-dosa yang lampau. Apabila kita sakit, kita akan sentiasa mengingati Allah dan menyimak pula apakah dosa kita, lalu kita meminta keampunan daripadaNya.


Setiap kematian yang aku kunjungi tentu kedengaran esak tangis kerana sedih. Ya tentu saja sedih kerana kehilangan orang yang disayangi. Tetapi ingatlah kita milik Allah dan hanya kepadaNya kita kembali. Allah berhak mengambil siapa saja yang dikehendaki. Ambil ikhtibar dari kematian itu, sedekahkan ayat-ayat Al-Quran untuk si mati, dan doakan agar si mati ditempatkan bersama orang-orang beriman. Yang hidup harus meneruskan kehidupan demi meraih keredhaan Allah.


Notakaki: amal dan anak soleh yang akan membantu kita. Sudah bersediakah kita?


Sumber rujukan: Kesaksian Seorang Dokter (Tajuk asal: Musyahadat Thabib Qashash Waqi'iyyah)
BannerFans.com

Mesej Anda!!